Friday, October 29, 2021

NEW PJJ - BUKAN SEKADAR SANDWICH VOL. 2

Tinggal beberapa hari saja lagi PJJ Bukan Sekadar Sandwich Vol. 2 akan start.

Dalam PJJ ini nanti lebih banyak sandwich dan sos-sos yang labih
mantap
. Uol should try sandwich udang dan salmon. Sesuatu yang agak ala-ala Artisan Sandwich.
Wasap saja salah sorang admin mama di bawah ni..
PJJ BUKAN SEKADAR SANDWICH Vol 2
Yuran Early Bird : Bermula 18 - 31 October 2021
Existing students: RM65
New students : RM75
New student + PJJ Basic Sandwich: RM90
----------------------
Yuran Bermula 1 November 2021
Existing, New Students : RM80
New student + PJJ Basic Sandwich : RM100




Wednesday, January 3, 2018

PJJ BUKAN SEKADAR SANDWICH

Hari ini bermulanya PJJ Bukan Sekadar Sandwich. Sandwich yang pasti memikat dengan sos-sos yang bukan setakat kita tuang dari botol. Terima kasih Chef Amer.. Kerana telah memberikan ilmu yang tidak ternilai ini.
* Yuran RM150/-.
* Istimewa bagi mereka yang mendaftar dan buat pembayaran hari ini yurannya adalah RM120/-.
* Begitu juga dengan mereka yang ikuti PJJ Biskut Lapis Cheese mama.. mereka juga mendapat Yuran istimewa RM120/-
* Sekiranya mendaftar untuk kedua-dua PJJ mama, harga istimewa RM180/- untuk hari ini saja.

Yang berminat boleh terus
www.wasap.my/+60
195590410

Friday, December 30, 2016

APAM GULA HANGUS - 30/12/2016





Belajar.. belajar dah.. makan selalu laa sangat.. buat tu yang malas.. hehehe.. Apam Butter ni memang sedap .. makan mcm tak rasa jerr lepas satu satu masuk mulut.. kah.. kah..yang ni masa buat kat Melaka lama dulu.. resipi ada tah kat mana tulis.. so mama beri resipi yang mama copy paste dari Azie Kitchen.. boleh try test.. sekali makan.. dua kali makan.. terus makan .. makan dan makan..

Apam Gula Hangus
sumber: Potret Kasih

Gula Hangus
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air dan disejukkan
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik kecil. Kukus dlm 15 minit sahaja.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah  ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah di bahagian bawahnya.

Wednesday, August 19, 2015

1st Module Bread Class

Bread Class by Mamazieza
Location : Kota Warisan, Sepang
Date : 22nd August
Students will learn :
1) Roti Naik 2 types
2) Sandwich Loaf
3) Roti Benggali
4) Sausage Bun
5) Mexican Bun
6) Chicken Floss Roll
Fee : RM280
To register for next class, please WA to 0122839337 as follows :
Name / Roti / 22Aug


Kelas Roti

Kelas Roti Ekonomi by Mamazieza akan datang ke tempat anda.. 23hb Ogos di Kota Warisan. Yuran RM280 Sila Hubungi @lea_oven, to register WA to 0122839337 : Name / rotibajet / 23Aug
Anda akan pelajari.. 1. ROTI BANTAL MINI
2. ROTI COKELAT BERKRIM
3. ROTI KRIM MANIS
4. ROTI ARAB
(Akan diajar juga cara bungkusan yg practical dan murah dan bonosnya akan diajar membuat roti Coney Dog Special)
Walau 'murah'..kualiti dan kelembutan tetap dijaga





Monday, October 20, 2014

PERCUTIAN KE PHUKET BERSAMA ADI PUTRA

Percutian di Phuket bersama Adi Putra dan 1Hotlovers merupakan satu percutian yang sungguh2 seronok .. mencabar dan mendebarkan.. Alhamdulillah. Allah swt memberi kesempatan buat kami berjumpa lagi dengan kawan2 .. dan alhamdulillah dgn sedikit ingatan .. tidak laa kami2 lalai dan hanya bergembira tak hengat dunia.
Dalam pengembaraan dan pengalaman yang penuh cabaran dan debaran, dapat di lihat bagaimana ahli-ahli 1Hotlovers bersatu hati.. tolong menolong.. bantu membantu .. Yang masih mampu berdiri, menolong mereka yang telah lembik dilambung ombak.. dilambung gelora lautan yang tiba-tiba menggila.
Awal pagi perjalanan dalam bot yg sungguh nyaman dan aman tiba-tiba diakhiri dan dikejutkan dengan angin yang kuat dan hujan yang tidak lebat, gelombang air laut yg tiba-tiba naik setinggi 1 - 2 meter. Hentakan badai ombak melambung kami2 di dalam bot... terasa kesakitan di ponggong.. di tangan yang memegang erat apa saja yang boleh dipegang agar tidak jatuh dari tempat duduk. Ramai dari kami yang mula mabuk laut dan muntah-muntah.
Tidak cukup dgn lambungan ombak, kami diuji pulak dengan kerosakan satu dari 3 enjin bot yang disewa khas oleh Adi Putra utk kami. Di tengah2 lautan, bot berhenti.. terumbang-ambing... yang tak mabuk pun dah mula mabuk dan muntah.. lebih dahsyat dari masa bot berjalan dan menghentam badai ombak... sana sini masing2 mengeluarkan isi perut.. akhirnya mama lari ke depan deck bot.. utk hilangkan rasa meremang dan rasa nak mengikut jejak mereka.. ku ajak Zainurul.. ke depan dan ambil nafas.. sepanjang perjalanan tadi.. mulut dan hati tidak pernah berhenti berdoa dan berzikir.
Kecekapan pemandu bot, memang patut di puji.. dgn gelombang ombak yang tinggi tu .. bot kami boleh terbalik kalau bukan calang2 org yang memandu bot tersebut.. Enjin yang rosak tak dapat dibaiki, dan kami meneruskan dgn 2 enjin. namun demikian.. help is already beside us. Satu lagi bot telah ada di sebelah kami dan mengikuti perjalanan kami. Memang cekap dan pantas pekerja2 di atas bot.. tidak panik dan tenang menjalankan tugas2 mereka. Permulaannya nak pindah ke bot satu lagi.. tp dgn baby adelia dan juga di tengah2 lautan yang bergelombang.. dilupakan saja.. biar laa diteruskan dgn 2 enjin.. biar lambat.. asal tak perlu nak melompat ke bot sebelah.. heheheh..
Sampai saja di marina.. mama terus ke lantai bot sujud syukor.. Alhamdulillah.. syukor... syukor.. syukor Alhamdulillah.. sampai kami ke daratan.
Apa yang dapat dilihat.. semangat kekeluargaan.. semangat kesetiakawanan.. rasa kasih sayang yang terjalin antara ‪#‎1Hotlovers‬... amat2 terharu dibuatnya. Juga terlihat kasih sayang seorang suami pada isterinya yang sudah letih lesu kerana mabuk dan muntah.. dan sayangnya seorang artis kepada peminat aka penyokongnya di masa kesulitan..
To all ‪#‎1Hotlover‬ and Adi Putra.. salute you guys... satu2nya pengalaman dan perjalanan percutian yang sungguh2 adventurous.. yang tak akan mungkin dilupakan .. akan terus disimpan dalam lipatan sejarah hidup.
p/s..kami2 yang tak mabuk laut.. dilanda mabuk darat yang teruk setelah berada di darat.. hahahaha.. duduk di kerusi mcm dok dalam bot.. mandi pun rasa berada di lautan.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

geng2 baik #1Hotlovers

'Abang' yang sentiasa tersenyum

Anak dan Isteri 'Abang' pun sentiasa tersenyum

Yang ni bukan tak nak senyum.. tp menggaru.. gatal bahu tu.. haha
haha

PERCUTIAN KE PHUKET BERSAMA ADI PUTRA DAN 1HOTLOVERS.. satu pengalaman yang tak mungkin dilupakan

#Membuangkebelakang.. hahaha.. #throwback kata orang putih... 

Update pasal percutian di Phuket bersama Mr Hot kita pada bulan Mei 2014 yang lepas..
Percutian kali ni amat berbeza dgn percutian kami di Bandung.. di Bandung kami2 bercuti dgn santai.. shopping..shopping.. shopping.. bergambar dgn memosing sakan.. It was a leisure and sweet holiday for all the ‪#‎1Hotlovers‬ yang mengikutinya.. Ada sournya.. bila permulaan kami agak terpinga2 bila tk nampak exec dan abang .. rupanya mereka ikut kemudian sebab ada hal yang tak dapat dielakkan..
Percutian ke Phuket pulak merupakan satu percutian yang masih sweet.. tp ada sournya.. cuma kali ini sournya.. bukan sweet sour tp sour terbelahak.. muntah belelah.. hahahaha...Holiday in Phuket bersama Adi Putra tak mungkin dapat dilupakan dengan begitu cepat sebab adengan-adengan yang mencuit hati.. menggelikan hati.. menyakitkan hati (sebab dpt tgk tp tak dapat beli hahaha.. bhat abis lerrr) dan banyak lagi adengan dan pemandangan yang macam2..

Sweetnya.. Mr Hot membuat suprise dgn menyewa sebuah bot khas utk rombongan #1Hotlovers. Dalam bot toksah citer laa mcm2 perangai dan ragam.. tak kurang yang dari mula naik bot.. smpai laa balik.. pengsan dlm erti kata tak leh blaaa laaa.. hahahaha. asyik mabuk jerrr.. yang jatuh dari tempat duduk pun ada.. jatuh.. bangun terus tidur atas pangku kengkawan lain.. errr tak sedaukan diri laa tu.. hahaha.. benjol di dahi pun tak sedau kerana apa.. fuhhh.. memang memengsankan diri betul kawan kita tu...

Gelagat kengkawan berenang dan menyelam.. yang terjun ke laut.. tak smpai 5 minit dah naik pun ada.. yang tergolek2 kat air pun ada.. hahaha.. (u know who u are ekkk).. yg macam ikan kat laut tu pun.. tu dah mestinya Mr Hot dan Abang Joebot kita laaaa.. tak tinggal Mami Zai Abdul .. terer you.. i ckp you..exec2 kita mcm Emma Agil dan Yuhanis Wahab mcm ikan duyung kat phuket.. kengkawan lain pun seronok.. yang tak terjun mcm mama ni.. tgk dan klik sana sini.. apa yang di klik pun tak tau laaaa.. yang banyak gambau abang jer laaa..gambau korang.. amik sendiri.. hahahaha.. sadisssss...

Semasa mama dan eiza gi solat di salah satu pulau.. masyaAllah.. masjid yang sedang di bina.. punya laa cantik.. rasa menyesal tak bawak kamera.. dan tak bawak duit utk derma.. masjid dibina seratus peratus dari sumbangan penduduk pulau.. punya laa cantik.. tak boleh nak kata.. pulau yang pernah dilanda tsunami.. dan masjid itu dibina semula... pulau apa.. mama dah lupa.. byk sangat pulau laaaa...
dan last not least.. di mana2 percutian dgn Mr Hot kita... acara bergambar tu memang tak abis laaaa... klik..klik.. klik....kalau kena marah pun tak kisah..... pantang nampak abang.. ramai laa paparazi.. err mamarazi.. bukan mamazieza ekkk.. ai baik you.. muahahahahaha.. dan kengkawan yg pantang nmpak kamera pun ada gak... nak amik gambar abang sorang.. tiba2 ada jer dorang menyelit tepi..kiri.. kanan.. belakang.. hahahaha...... enjoy gila.. seronok dgn kerenah tiap sorang...

So kengkawan lain yang tak pernah ikut gi trip mana2 dgn #1Hotlovers dan Adi Putra.. lenkali bila ada jer trip.. cepat2 booking.. simpan duit dari sekarang.. tempat terhad.. masa terhad... insyaAllah.. tak menyesal.. uol akan enjoy sakan.. keseronokan dan opengalaman yang tak mungkin dilupakan... Bukan saja kita berseronok.. tp kita mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kita.. mengenali hati budi masing2 .. insyaAllah.. semua ahli2 #1Hotlovers memang ahli2 fanclub yang benar2 mementingkan semangat persahabatan dan kesetiakawanan.. apa lagi bila ada exec-exec yang sporting dan memahami dan Mr Hot kita yang sentiasa .. forever willing melayan peminat2nya.. cuma walau di mana kita berada.. dengan siapa kita bersama.. tatasusila kita.. adab kita.. tetap kita jaga.. #1Hotlovers yang Hot selalu...

Nanti entry lain mama citer pasal apa yang terjadi di lautan ekkk.. hehehehe..