Tuesday, March 15, 2011

Cheezy Cocktail Sausage Puff

Tak lama dulu mama tengok dlm FB Anna Moin benda alah ni, yang ditempah dari MamaFaMI.. Puas mama telek.. belek.. intai.. smpai naik juling.. hehehe.. nak tgk camner laa MamaFami kelebek buat ni.. benda pulak semua dah ada..

Dua hari lepas kasik confirm ngan mamafami.. betoi ke dia guna instant pastry dan cocktail sosej mcm yang mama telek tu.. hehe.. dah dapat confirmation dan petua sedikit sebanyak dari MamaFami.. mama pun buat laaa.. and taraaaaaaaaa....




Resipi Belasah Mama

Pastry Puff
Cocktail Sosej bercheese (sukaaaa cheese)

Pastry Puff tu mama guna yang instant punya.. hak KAWAN.. potong 2, ukuran akan jadi just nice utk seketul coctail sosej bercheese tu.. balut elok-elok mcm pakaikan lampin baby.. hahaha.. dan lepas tu.. sapu egg wash dan bakar...


(harap-harap takde laa lalat yang dtg marah sebab mama tulis resipi belasah.. hehehe, dah tu.. mama nak tulis apa.. ikut korang laa nak buat byk mana.. besau mana.. lagu mana.. betul tak.. betullllllllllllll)


Tkasih MamaFami kerana beri idea yang memang sedap ni... muaaaaahhhhhzzzzzzzz

Monday, March 14, 2011

Kek Alunan Kasih

Lama dah mama dok idam nak buat kek ni.. hehehe sebab teruja ngan line-line hitam mcm kontor masa belajar Geografi tingkatan 4 dulu.. hahahah. Mama dok jenguk berkali-kali blog Umi Kuantan..

Resipi mama amik dari blog Umi Kuantan http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/




KEK ALUNAN KASIH
Resepi : Puan Mastura Yasak (Kongsi Resepi FB)
Sumber: Am-Flora/Umi Kuantan

Bahan:-

5 Biji Telur

1 ½ cwn (250 gm) planta atau butter

2 ½ cwn tepung gandum *

1 sudu kecil baking powder (*diayak bersama)

2 cwn gula halus (boleh kurangkan)

½ cwn susu cair
1 sudu kecil esen vanila

*Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( citarasa masing-masing)

Pukul planta dan gula smpai kembang.
Masukan telur satu persatu, pukul lagi sampai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair, gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit.
Bahagikan dua bahagian, campurkan pewarna pink dan satu bahagian pewarna hijau
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukkan adunan biru, ratakan dlm loyang dan ayak serbuk koko menutupi lapisan biru tersebut - ayak nipis-nipis jer.

Kemudian masukkan adunan lapisan oren dan ratakan, ayak lagi serbuk koko dan seterusnya tuangkan lapisan pink dan ratakan perlahan-lahan. (jangan sampai serbuk koko di lapisan-lapisan tadi terangkat).
Bakar lebih kurang 45min. pada suhu 160 Degree ikut oven masing-masing (untuk separuh adunan akak bakar 35 minit sahaja

Nota dari AmFlora

Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik

Sunday, March 13, 2011

Dulce de Leche

Mama tak ingat kat mana memula baca pasal Dulce yang leceh ni.. hehehe.. first impression laa tu.. then merayau2 cari utk resipi.. adushhh.. leceh lerrr.. then cari lagi.. cari yang paling senang laaa.. haaa jumpa yang rebus laa.. yang guna microwave laa.. yang guna pressure cooker .. dan mcm2.. hmm mama pilih yang senang.. rebus lerrr.. alamak 3 jam you.. dan kena guna susu pekat.. kat mesia ni.. nak cari susu pekat dah leceh.. hahaha..

Jumpa susu pekat kat tesco.. rembat 2 tin.. tpi rebus setin jerr.. org soh rebus 3 jam.. mama rebus 2 jam.. hehehe.

Seharian biarkan dia sejuk dulu sebelum buka tin.. takut dia meletup habis muka mama yang cun ni.. nanti leceh laa pulak.. hahaha.. sapu atas roti.. sedap youuu... lapiskan kek.. sedapppp... tat cokelat dgn dulce.. sedappppp

I tell you.. sedappppp.. cuba jgn tak cuba.. memang sedap.. nanti nak try macam2.. NANTI LAAAAAAAAAAA... NANTI tu yang mahal.. hehehe





Sunday, March 6, 2011

Queen Bread

After a few attempts of making "Roti Naik" tapi tak naik-naik asyik turun jerrr.. mama try laa pulak Queen Bread ni.. atas galakan Nurhalizan of http://izanmann.blogspot.com.

Ekceli roti naik tu dah banyak kali buat.. tapi tah kenapa.. lately ni roti tu asyik turun jerrr.. huhuhu.. so mama beli yis baru.. tp takmo buat roti naik.. buat queen bread .. nak rasa jadi queen laa pulak...dan hasilnya....



Saturday, March 5, 2011

Bread and Butter Pudding

Masa hari Maulidul Rasul tempuh hari... rumah Mak Tok ada buat kenduri dan banyak laa pulak roti dibeli sehingga terlebih-lebih.. mama pun bawak pulang.. simpan dalam peti es.. biasa laa kan.. hahaha.. then seminggu selepas tu (oooshhh lamanya.. hahaha)baru laa dok menggelabah cari resipi pudding roti yang besh.. hmm cari dan cari .. mama jumpa laa resipi ni.. sedap laa sosnya.. mama amik dari dapur Chef Azli.. jgn marah ekk Chef.. mama C&P.. hehehe.. tp memang sedap... Korang cuba.. pastu.. doakan utk chef sekali muga lebih berjaya didalam karier beliau.. insyaAllah.. aminnnnnnnnnnn


Bahan-bahan A
200ml susu cair/whipping cream
500 ml susu segar
25 gm gula
3biji telur

Bahan-bahan B
12 keping roti sedikit mentega untuk disapu
30gm buah badam hiris
20 gm kismis/sultanas

Sos vanilla
1 tin susu cair
250ml susu segar
100gm gula kaster
80ml air
1 biji telur
2 biji kuning telur
1 sudu tepung kastard
1 camca teh essence vanilla

Cara-cara penyediaan

1.Sapukan mentega atas roti sedikit.Susun atas acuan pembakar.
2.Kemudian bancuh semua bahan A. Curahkan dalam bekas berisi roti yang disusun.
3.Taburkan kismis atas roti dan bakar sehingga masak kekuningan.
4.Untuk menyediakan sos vanilla bancuh semua bahan dan masak dengan api yang sederhana sehingga likat dan sejukkan. Pastikan dikacau sentiasa supaya tidak berketul.Sedia untuk dihidangkan.


Read more: http://azlirazali.blogspot.com/2010/04/bread-butter-puding.html#ixzz1FlIH9b6T


Monday, February 28, 2011

Resipi Macaron yang Mama guna



jangan tengok gambar ni ekkk.. gambar macaron ni memang tak jadi.. hahaha.. bukan salah resipi tapi salah tukang ikut resipi iaitu mamazieza.. hahaha...

Atas permintaan Nieza ni mama tempek resipi Macaron yang mama gunakan utk semua percubaan mama... kalau nak tengok gambar step by step pergi kat sini ekkk http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5649102889111606402. Mama suka cuba resipi yang ni.. sebab takde guna air gula atau pun thermometer..

Nieza buat pastu hantar kat mama di penang ni ek.. hehehe

MACARON SHELLS

1 room temperatured egg white(39-40g)
50g icing sugar
30g ground almond
30g castor sugar
1/2 teaspoon of colouring in powder (you could also use cacao powder or matcha powder, ground coffee in this recipe)

Method:
1. Put ground almond and icing sugar along with the ground coffee in a food processor or a small blender. Blend them finely.


2. Sift the blended mixture and set aside

3. With an electric beater, Beat the egg white, start from low speed and increase slowly to maximum speed. Beat until frothy (you will see lots of fine bubbles

4. Now it's the time to add in the castor sugar, add half of the sugar, continue to beat in maximum speed for around 2 minutes, add in the othe half, continue until you get very stiff peak.

5. Mix the dry ingrediants into the eggwhites. This process is called Macaronage. Start folding with a rubber spatula. When you get smooth shiny mixture, stop folding, lift the mixture with spatula, if the mixture falls back slowly in the bolw means you're good to go. You could also check if the lines formed from the liften mixture, they should slowly disappear in within 30 seconds. At this stage you're good to go. Do not over fold, it will be too liquid and becoming very hard to pipe.

Sunday, February 27, 2011

Botol Sos Tiga Lubang

Pada yang bertanya mama, botol sos ni ada dijual di DAISO.. kena cari di bahagian botol-botol sos yang agak tersorok gak.. mama melilau gak cari.. tanya kat staff DAISO, hmm katanya tak pernah tengok.. hahahaha