Tuesday, July 19, 2011

Murtabak Maggi dan Seri Muka Durian

Kehidupan kita ni penuh dengan dugaan dan cabaran. Kalau hari ni hari senang kita, esok lusa belum tau samada kita akan terus begini. Ada kawan-kawan mama yang sedang menghadapi cabaran hidup yang amat getir dan sayu rasa hati bila mama dengar cerita mereka.. apa yang boleh mama tolong selain dari meminjamkan telinga ini dan menjadi pendengar yang setia. Kata orang dgn meluahkan sedikit sebanyak apa yang terpendam boleh juga melegakan hati dan perasaan mereka.

Sedih bila dikenangkan masa susah, sama-sama membanting tulang, memeras otak mencari rezeki, bila mula senang sedikit.. maka hati pun menjadi senang dan mula menyenangkan diri dengan orang kedua ketiga dan keempat.. adoiiii… ke mana rasa hati tu… mana pergi kasih sayang yang kononya tinggi menggunung. Takde angin takde ribut, tiba-tiba hujan batu melanda. Bengkak bengkol badan dibuatnya… Hanya Allah swt jer yang memberi kekuatan pada mereka utk menahan kesakitan dan keperitan.

Kadang-kadang tu kita memang tak sangka langsung.. nampak di luar semuanya bagus.. semuanya bahagia.. tp hakikatnya.. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Ada kalanya mama terfikir bahawa betul bila ramai berkata duit tak menjanjikan kebahagian.... tapi lagi sekali fikir tanpa duit pun tak bahagia jugak kita.. kan. Kan… Ada kawan2 mama yang kaya dengan duit.. tapi kebahagian dia amat miskin.. Kaya dengan duit, kasih saying muflis.. Alhamdulillah.. mama tak kaya (kalau kaya pun nak gak.. hahaha) tapi cukup dgn kebahagian dan kasih saying. Cuma kalau bahagia dan kaya.. fuyoooo legaaaaaaaaa.. hahahha..

Harap-harap kita ni tidak lupakanNYA bila kita dah kaya…

Okay laa membebel jerrr.. ni mama nak tempek resipi Murtabak Maggi dan Seri Muka Durian yang mama buat utk mesyuarat ahli tingkap apartment mama ni.. Meeting penduduk dah jadi meeting politik.. boooorrrriiinnnggggg.. Mama jugak buat kek Alunan Kasih dan Karipap (shhhh.. karipap ni beli hak frozen pastu goreng.. jgn btau sape2 tau.. heheh)

Bila masa mesyuarat dan dihidangkan makanan tersebut, aik ramai infact semua tak pernah rasa murtabak maggi tu, something very new for them. Habis licin semua.. kek, karipap, pulut seri muka dan murtabak tu..

Murtabak Maggi – resipi belasah mamazieza

6 bungkus maggi
3 bungkus perasa maggi – mama guna perasa kari
10 biji telur dipukul sedikit
Sedikit lada sulah
Sedikit garam (jgn banyak tau.. nanti masiinnnn.. sebab perencah maggi dah masin)
Daun bawang yang dihiris
Cili merah – hiris
Bawang Besar pun dihiris

Tambahan Udang dan ayam yang dipotong kiub kecik-kecik.
Mula-mula mama tumis sedikit udang dan ayam tu dengan rempah kari maggi tersebut. Agak-agak masak jerr ayam dan udang tu.. angkat dan tepikan.

Maggi tadi mcm biasa, kita buat mcm nak makan maggi biasa, tapi yang ni lepas maggi tu lembut kita toskan airnya.

Pecahkan telur tadi ke dalam satu bekas yang besar dan campurkan dengan serbuk perasa maggi, lada sulah dan garam dan kacau sebati. Masukan maggi, cili, ayam, udang dan semua-semua bahan yang dihiris tadi. Kacau sebati. Tak boleh dibiarkan terlalu lama nanti maggi tu resap telur.. huhu.. kembangggggg….

Kita goreng laa dlm kuali non stick. Ikut suka nak buat satu biji besar sekali gus atau buat kecik2 kalau rajin.. hehehe… Dah masak one side, kita terbalikkan ke sebelah lain. Comei jer jadi murtabak maggi ni.





Dihidangkan gitu saja atau dengan sos cili.. yummyyyy



Talam/Seri Muka Durian pulak mama ambil dari blog Kak Wan http://resipicitarasawan.blogspot.com/search?q=talam+durian, Kak Wan buat cun.. licin jerr permukaannya.. mama buat cam muka bulan.. hahahaha

Kuih Talam Durian

Bahan Lapisan Bawah
500gm beras pulut
300ml santan KARA
200ml air
2 sudu kecil garam halus

Bahan Lapisan Atas
200gm isi durian
120gm gula kaster
60gm tepung beras
40gm tepung hun kwee
300ml santan KARA
200ml air
1/4 sudu teh garam halus
pewarna kuning

Cara-cara :
1. Cuci dan rendam beras pulut selama 4 jam. Toskan.
2. Satukan pulut bersama lapisan atas dan kukus selama 30 minit. Apabila masak pindahkan ke dalam loyang yang dileser dengan minyak. Gaul rata dan tekan padat ke dasar loyang.
3. Satukan semua lapisan atas, kisar sebentar hingga isi durian hancur. Kemudian tapis dan masak hingga naik wap dan tuang ke atas lapisan bawah.
4. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.








Hmmm.. resipi-resipi lain kat lain entry ya… tungguuuu….

Sunday, July 17, 2011

Tat Nenas pesen lama-lama...

Lama betul mama tak buat tat nenas pesen lama ni.. asyik buat tat gulung... sehinggakan acuan tembaga mama pun tah mana dah hilang...

Tat ni mama buat sebagai contoh utk adik mama kerana dia dapat kontrak untuk supply hamper ke satu departmental store.. cuma yang tak bestnya.. on consignment.. adushhh.. tapi sebab adik punya pasal.. buat laa jugak.. sikit2 pun dapat laa kan. InsyaAllah.. semuga Allah limpahkan rezeki yang halal untuk kami..

Tat ni sedap.. tp tak gebu seperti yang mama harapkan.. mungkin mama terlebih putar bila dah masuk tepung dan inti dia tu.. kena buat sendiri laa hehehe.. tak cun yang beli punya.. walaupun home made...



Ada 3 lagi jenis sekut yang mama kena buat.. hmm bilaa laa nak merajinkan diri ni.. adushhh..

Sunday, June 26, 2011

Intai-intai Kelas Chef Amer

Semasa mama dalam perjalan ke Batu Feringgi pada 25/6/2011, talipon berbunyi dan terdengar satu suara .. hmm ni sore chef tersohor yang selalu buat poyo.. hehehe...
Rupanya Chef Amer ada di Bertam Perdana.. ada kelas katanya di Haslynda dari Haslynda.com.. Since mama pun agak sibuk.. mama kata esok laa on Sunday mama akan ke sana.. sebenarnya.. memang mama sibuk tapi yang agak berat tu.. mama segan nak pegi.. hahaha.. sebab mama tak kenal dgn Lynda melainkan melalui cyber jerr...

Sunday, agak sibuk gak.. gi beli barang-barang dapur dulu, hantar laptop Fizi utk dibaiki.. entah apa yang rosak.. kat Harvey Norman..alamak.. kol berapa nak gi. hehehe.. lepas zohor laa kot..

Lepas zohor nak gi.. ishhh..kat mana Bertam Perdana 2 ni.. hehehe...sms plak kat Chef Amer mintak alamat.. pastu tekan2 dlm gps.. tak jumpa.. hahahaha.. alamak.. Rupanya kena cari Kepala Batas dulu.. baru leh cari Bertam Perdana.. Itu pun GPS pun silap..kita nak ke Bertam Perdana 2.. dia bawak smpai bertam perdana 4.. heheh

tapi akhirnya smpai jugak laaaa. hehehe.. berkenalan laa mama ngan Lynda yang baik hati tu.. so sweet..



Monday, June 13, 2011

Celoteh Jerrrr...

Mat Gebu ada menulis di blognya, berblog biar ada kelainan. Setiap dari kita adalah berlainan, lain jantina.. haha… lain warna kulit, lain bentuk paras rupa… eeekkk.. bukan tu laa maksud Mat.. hahaha.. mama ni kalau bab merapu meraban nombor satu.

Sebenarnya.. bukan semua orang boleh berblog, setakat buka blog tu boleh.. tapi nak menarik orang datang ke blog bukan senang. Contoh paling dekat mama lerrr, walau pun, bukan nak meninggi diri (sebab mama memang dah pendek haha) mama memang dikenali dlm alam cyber, tapi kengkawan yang jenguk blog memang amat kurang. Banyak sebab dan kekurangan dalam blog mama. Dari segi penulisan, gambar dan tajuk, memang hancus.. mama memang takde aura langsung..nak pinjam aura Mawi pun.. dah takde …. hahaha.

Nak berblog, satu kita kena rajin meng’update’ dan menziarah blog kengkawan. Kedua kita kena pandai bermain kata-kata dan membuat cerita agar orang tertarik dan ditarik ke blog kita selalu. Ketiga, suasana blog kita sentiasa ceria dengan pelbagai gambar yang menarik. Keempat.. kelima dan seterusnya.. bla.. bla.. bla.. kan dah kata.. mama ni memang malas.. hehehehe…

Pada mama, nak tulis satu perenggan bagaikan nak tulis sebuah buku.. mama boleh dok bersembang face to face, sembang dalam fon.. but not in writing.. memang fail tahap F17. Mama juga takde kesabaran, hahaha.. kalau nak upload gambar tu.. bila kena tunggu lama-lama tu mula laa terus kensel… hahahaha.. Mcm mana laa nak berblog.. hehehe… Nak tulis artikel ni pun ambil masa seminggu tau. Tulis skit.. save.. buat benda lain.. haha..

Kadang-kadang tu, dalam otak ni macam-macam ada nak dituliskan dan update.. nak tempek, tapi bila masa tak mengizinkan, mula laa malas. Hilang semua yang ada dalam otak tu. Entry ini kira panjang laa jugak mama tempek.. hehehe…

Hmmm.. nanti laa next entry mama nak tulis pasal .. pasal apa ekkk….pasal apa-apa laaaa…

Tuesday, May 17, 2011

Blogger.com akan ditutup???

Entah ekkk.... mama baca kat sini.. http://christie-salin.blogspot.com/2011/05/bloggercom-akan-ditutup-pada-jun-2011.html#ixzz1MayBixMq hmm baru nak belajar selok belok.. baru nak pandai skit2.. hahaha.. dah dengar nak kena tutup.. adushhh...

Sunday, May 15, 2011

BIRTHDAY CAKE

Boring dengan typical kek for birthdays.. chocolate, cheese, sponge, butter.. apa kata kita tukar kek kita dari kena buat kek guna tepung.. kita guna biskut tawar jerr.. hehehe....sekali sekala kannn.. kita buat dia.. bukan dia buat kita.. jemu betul ngan kek.. kek.. kek..kalau buat utk orang takpe lagi.. kalau dijamu kat kita jugak.. hmmmmmmmm

Buat ni pun untuk birthday boss mama.. kami ni dah boring makan kek for the past weeks.. kek kawen, kek birthday.. jadi mama kata apa kata kita tukar laaa.. something different.. boleh gak nak telan nanti.. haha.. so as usual collection tetap collection.. cuma kali ni.. mama buat.. hehe





Diadaptasi dari resipi

CHEESE LAYERED CREAM CRACKERS
Resipi Asal Sumbangan - Allahyarham Susan Jafri (Al-Fatihah)

250 gm of cream cheese
65 gm of butter
1/2 cup of sugar

(Like Susan, mama like a bit of strawberry jam too)

Cream Crackers biscuits
Fresh Milk


Blend the cream cheese, butter and sugar until thoroughly mixed and fluffy.

Prepare a container which we can arrange the biscuits, if you want, you can lined the contained with aluminium foil. I have been looking for a pan or container which can fit the size of the biscuits wihtout having to break it...

First, dip the biscuit into the Fresh Milk, not too soggy please, just dip it until fully immersed and arranged it on the pan. Then spread a layer of the cheese mixed, followed by another layer of biscuits. Cheese again, and this time my biscuits, mama spread some strawberry jam before dipping it into the milk. Do the same thing until you finish the cheesed mixture. Put it in the fridged. Nice eaten when it is cold.


Lenkali mama nak try salut semua dengan cheese plak. hahaha.. biar tak nampak terus biskut tu.. amacam agaknya ekkk.. hehehe

Wednesday, May 11, 2011

Kek Akad, Kek Kawin.. Kek Birthday.. macam2 kek

Wahhh lama mama tak update blog ekkk...

Hmmm bersempena dengan hari MC mama hari ni.. kah.. kah.. 2x gi buat neaubilizer...tak pernah2 dapat penat/lelah..dah makin 'muda' ni ada penyakit datang laa pulak...

Rasanya.. selepas mama di serang denggi a few years back.. memang mama kerap demam dan dapat lung infection.. pastu jadi lelah.. aduiii lelah sungguh... smpaikan doc nak dengan bunyi jantung pun susah.. yang dengar.. wizzzzzz.. wizzzzzzzzzzz.. heheheh

Last few weeks.. mama byk buat kek.. untuk makan..utk wedding.. utk tunang.. utk apa2 tah.. dah smpai jemu rasanya.. macam mana laa kengkawan yang biz fulltime ngan kek ekkk..