Monday, February 28, 2011

Resipi Macaron yang Mama guna



jangan tengok gambar ni ekkk.. gambar macaron ni memang tak jadi.. hahaha.. bukan salah resipi tapi salah tukang ikut resipi iaitu mamazieza.. hahaha...

Atas permintaan Nieza ni mama tempek resipi Macaron yang mama gunakan utk semua percubaan mama... kalau nak tengok gambar step by step pergi kat sini ekkk http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5649102889111606402. Mama suka cuba resipi yang ni.. sebab takde guna air gula atau pun thermometer..

Nieza buat pastu hantar kat mama di penang ni ek.. hehehe

MACARON SHELLS

1 room temperatured egg white(39-40g)
50g icing sugar
30g ground almond
30g castor sugar
1/2 teaspoon of colouring in powder (you could also use cacao powder or matcha powder, ground coffee in this recipe)

Method:
1. Put ground almond and icing sugar along with the ground coffee in a food processor or a small blender. Blend them finely.


2. Sift the blended mixture and set aside

3. With an electric beater, Beat the egg white, start from low speed and increase slowly to maximum speed. Beat until frothy (you will see lots of fine bubbles

4. Now it's the time to add in the castor sugar, add half of the sugar, continue to beat in maximum speed for around 2 minutes, add in the othe half, continue until you get very stiff peak.

5. Mix the dry ingrediants into the eggwhites. This process is called Macaronage. Start folding with a rubber spatula. When you get smooth shiny mixture, stop folding, lift the mixture with spatula, if the mixture falls back slowly in the bolw means you're good to go. You could also check if the lines formed from the liften mixture, they should slowly disappear in within 30 seconds. At this stage you're good to go. Do not over fold, it will be too liquid and becoming very hard to pipe.

Sunday, February 27, 2011

Botol Sos Tiga Lubang

Pada yang bertanya mama, botol sos ni ada dijual di DAISO.. kena cari di bahagian botol-botol sos yang agak tersorok gak.. mama melilau gak cari.. tanya kat staff DAISO, hmm katanya tak pernah tengok.. hahahaha

Macaron .. Lagi dan lagi dan lagi

Semenjak tahun 2007.. mama dah terpikat dengan kecantikan macaron ni..masa tu kita di Malaysia tak ramai yang tau, di seberang tambak memang dah agak femes.. so konon2 mama cuba buat laa.. hahaha.. hancus.. tak jadi apa pun.

Then dlm tahun-tahun seterusnya, macaron mula mendapat tempat agak meluas di Malaysia.. sekali lagi mama cuba buat.. hancus gak... macam2 resipi dah cuba.. hahaha. tp kaki dia tak mau keluar asyik cacat jerr...

Tahun 2011 ni mama dah cuba sebanyak 5 kali.. hancus jugak.. tp puas hati sebab dari pengamatan dan cara.. resipi dan macaronage mama dah betul.. cuma oven yang digunakan tidak menepati cita rasa macaron.. hahaha.. oven indon tak boleh dikawal kepanansannya..

Tengok laa macaron mama ni.. hahahaha

Gambar Macaron tahun 2007 ada dalam Fotopages.. tak de save plak dalam komputer..













Mama juga mintak maaf pada semua kengkawan yang chat kat box tp mama takde untuk menjawab.. dua tiga minggu yang lepas memang mama sibuk mcm nak giler.. mujur tak giler.. hehehe.. ni pun masih sibuk lagi sebab masih ada program yang nak dibuat pada 20hb Mac ini... Maaf ya... blog.. blog jugak.. tp kerja kena diutamakan.. hehehe

Thursday, February 3, 2011

Shell Pasta Goreng Ala Melayu



Hari ni dlm pala hotak nak buat macam-macam tp satu macam pun tak jadi buat.. hahaha.. Last-last buat Pasta goreng ni jerr untuk breakfast.

Resipi Belasah Mama

1 peket Shell Pasta
Rebus dulu sehingga lembut. Didihkan air dengan satu sudu besar minyak, supaya pasta tu tak melekat. Mama masukkan garam sikit dan juga satu sudu besar sos tomato.
Dah lembut, toskan dan siram dengan air sejuk (agaknya supaya pasta tu tak lembik)


Satu cawan daging cincang Ramly
satu sudu besar cili boh
bawang merah/besar dan bawang putih - agak-agak laa dan blend.
Cendawan (belasah ajer laa cendawan apaa pun)
Udang - buang kulit
Capsicum - potong dadu.

Tumis cili dan bawang merah dan putih yang telah diblend. Dah garing dan wangi masukkan daging cincang dan biar ianya masak sekejap. Masukkan udang, cendawan dan capsicum. Goreng dan goreng sampai rata.. Angkat dan hidang.. Lepas tu makan laaa

Monday, January 31, 2011

Roti Jala Ala Maz Ilhamdapur

Akhirnya.. mama buat jugak roti jala ala-ala Maz punya.. hehehe.. ooo nampak senang tau.. tapi sakit gak tangan tu nak picit botol sos.. sebab tak biasa kan..

Semua orang terkejut..kenapa mama buat roti jala warna-warni.. hahaha.. tp mama sukaaaa





Resipi mama Copy paste ekk dari blog Maz..jgn marah Maz.. hehehe.. tkasihhhhhhh...

Roti Jala
Resipi Asal - Tulip MyResipi
Idea dari - Maz Ilhamdapur.


Bahan-bahan ( 4 org )

2 cawan tepung gandum
2 cawang air
5 sb susu tepung
1 biji telur
beberapa titik pewarna kuning - maz guna sedikit pandan paste dan warna kuning
1 st garam
Cara-cara

1.Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.

2.Perap dalam 1/2 jam. Sediakan kuali & acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper. (maz perap 10 min je)

3.Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit. Boleh dimakan dengan kari ayam.

Sunday, January 30, 2011

Tat Nenas

Mama dok berkenan cara Haslinda Sarip buat tatnya.. jadi mama pun cuba laa kononnya.. hehehe. tetapi.. hmmmm tak sama langsung.. Linda punya tat cukup lawa tersusun.. mama punya hancus.. hehehe.. takpe.. nanti prektis and prektis lagi.. thanks Linda... muaaahhhzz .. kerana beri idea baru cara baru untuk mengetat.. heheh






TAT GULUNG
Resipi Asal - Kak Liza (Hanieliza)

Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Saturday, January 29, 2011

Nasi Lemak Kukus Mamazieza





Lama bebenor mama tak kukus nasi lemak.. entah apa punya hangen.. pagi ni .. tiba2 jerr bingkas buat nasi lemak. Mama pulak kalau masak nasi lemak mama lebih suka kukus .. bukan tanak.. kalau beli .. belasah jerr laaa.

Nasi lemak mama takde halia ke .. bawang ke.. halba ke.. sebab to me tu dah lebih mcm nasi dagang.

NASI LEMAK KUKUS

Basuh beras bersih-bersih dan kemudian rendam 2 - 3 jam.

Kemudian kukus hingga kering.
Angkat dan rendam dalm air yang lebih kurang dalam 1/2 inci dari paras beras. Rendam sehingga airnya sejuk.
Kukus lagi sekali sehingga masak.
Turunkan dan gaul dengan santan dan kukus lagi.
Jangan lupa laa letak garam skit supaya rasa nasi tu sedap...

Buat laa sambal udang ke.. sambal bilis ke.. tapi kalau kat Melaka sambal nasi lemak mesti manis2 skit... dan mama pun tak laa suka lauk banyak-banyak. Cukup laa dengan timun, ikan bilis. Dan paling mama suka kalau ada ikan pari kering.. fuhhh...