Friday, April 15, 2011

I miss my Frens...

Ada masanya .. mama rasa rindu dengan masa-masa kita semua di dalam Fotopages dan Blog sahaja, tanpa FaceBook. Rasanya masa tu, ikatan persahabatan antara blogger lebih erat, mungkin tak ramai kot.. kita berpusing-pusing dengan orang yang sama, bertambah pun.. komen-komen begitu saja.. sekali jawab.. lepas tu dua tiga bulan baru jumpa lagi. Gitu juga dengan Fotopages, terasa sangat persahabatan yang erat, ambil berat, mudah kita berhubung.. memang terasa sgt betapa kita lebih ambil berat antara satu sama lain. Mudah kita bersembang di talipon, di ym..atau pun di dalam emel.

Semenjak semua aktif dalam FaceBook.. mama memang terasa sangat kehilangan sorang demi sorang kawan-kawan. Al maklumlah.. di Facebook, kawan kita bertambah setiap hari, bukan sorang, berpuluh-puluh orang, kalau yang lebih aktif akan lebih ramai lagi 'Frens' mereka. Bila ini berlaku, bagaikan yang dijangka, kerenggangan mula terasa, kalau dulu, kita boleh bersembang di talipon, di ym, di google chat atau pun email, kita tidak lagi. Hanya komen-komen di facebook saja yang kita terima. Kadang-kadang, komen pun takde.. hahahaha.. sebab kita semua pun sibuk melayan facebook kita sendiri dan takde masa nak pergi komen ke facebook kawan-kawan lain.

Ni adalah pendapat peribadi mama, sebab ini laa apa yang mama rasakan. Mama masih suka bersembang di talipon, tapi kawan-kawan dah takde masa nak jawab talipon, mama masih suka sembang di ym, tapi ramai yang dah tak on ym hehehehe... so mama sembang sorang-sorang laa ekkk.. Dulu kalau berym.. berjela-jela.. berjam-jam.. dan kadang-kadang tu ber'conference' sampai 5 - 6 orang.. hahaha.. smpai tak tau apa yang dibualkan.. semua nak tulis..

Alhamdulillah.. mama masih cuba maintainkan cara mama walau pun dengan berfacebook, mama masih lagi suka menalipon dari sms, lebih suka ym dari menulis komen. Cuma mama takde kawan nak berinteraksi.. kah.. kah.. But then, mama faham, bila dah berfacebook, kawan-kawan dah bertambah, maka mana ada masa nak bersembang, melainkan yang dekat atau yang memang kawan baik. Kalau dulu, kita ni antara yang boleh dibawa sembang, boleh dibawa berbincang, kini. semakin jauh laa.. dapat pula mama yang tak aktif utk blogwalking atau pun menulis komen kat wall facebook kengkawan lain maka makin jauhlaaa mama... hahaha...maka terjadi laaa. .buzz di ym tak berjawab, talipon tak berjawab, sms tak berjawab.. emel lagi laa tak tau kat mana perginya.. hahahaha.. itu laa peredaran dan perubahan zaman IT...

Emosi gak mama ni ekkk.. hahahaha..

I just miss the old days... and I do not think it will come again... no deja vu.. it will just be a memory.. a very.. very good memorable memory that will always be with me... sebakkk.. huhuhu...

I miss a lot of my frens... and frens.. I MISS ALL OF YOU.


Ok laaa.. kita makan sat feberet desert mama ni ekkk. buat lama dahhh...tp rasanya tak upload pun.. hahaha






CHEESE LAYERED CREAM CRACKERS
Resipi Asal Sumbangan - Allahyarham Susan Jafri
Al-Fatihah untuk Beliau dan Suaminya Abang Joe dan anak dalam kandungannya yang turut pergi mengikuti mereka.

250 gm of cream cheese
65 gm of butter
1/2 cup of sugar

Mama suka letak jem stroberi di salah satu lapisan.. nampak comel jerr satu calitan merah dan terasa manis2 jam gitu.. hehehe;-) ;-)

Cream Cracker biscuits 1 pack
Fresh Milk - as needed


Blend the cream cheese, butter and sugar until thoroughly mixed and fluffy.

Prepare a container which we can arrange the biscuits, if you want, you can lined the contained with aluminium foil. If possible, try to get a container which is the same size of the cream carackes.. that will be nice isn't it....

First, dip the biscuit into the Fresh Milk, not too soggy please but not too dry, just dip it until fully immersed and arranged it on the pan. Then spread a layer of the cheese mixed, followed by another layer of biscuits. Cheese again, and this time I spread a thin layer of strawberry jam. Do the same thing until you finish the cheesed mixture. Put it in the fridged. You can cut it into small servings then.. Nice eaten when it is cold.

Very very delicious, not difficult but a nice dessert.. try it and I bet you will not regret it.

6 comments:

Anonymous said...

Mama... nie dah jadi favourite saya... memang senang, sedap dan berbaloi-baloi...
Yummy... thank you for sharing the recipe...

Unknown said...

syahdu la plak baca coretan mama nih...hehehe...cam tu lah kan...masa beredar...kehidupan semakin sibuk...hmmm....

Anyway, dessert nampak cam yummy je...nanti nak try lah...suruh Sabrina buat pun boleh jugak ni... -- mummyroz (ni yg Shah Alam punya mummyroz tau...hehehe :)

Cik Puan Izan❤ said...

zaman dah berubah...lagipun sekarang masa cpt berlalu...masing2 kejar masa...
mama, tima kasih resepi tu...^__^ Izan akan cuba nanti...

AZLINA UZIR said...

ala mama jangan sedih2.. jasamu tetap kukenang hehehe.... jangan rajuk pada yg x sudi.. stay the way u are... keep cool..

Unknown said...

mama, sudah menjadi lumrah kehidupan kita hari ni masing-masing mengejar masa dgn aktiviti sendiri. semakin hari semakin banyak perubahan yang tanpa kita sedari hanya dgn cara muhasabah diri saja kita akan tersendar sendiri..

btw semoga perkenalan kita dialam maya dirahmati Allah...:)

MamaFaMi said...

Huhuhu... masih aku terasa...
Mama punnnn, hari tu ma call kita, wrong timing... kita tengah termenung baikkkkk punya... ahahaha... jangan mare ma... muah muah.... caaaayang mama...