Tuesday, July 19, 2011

Murtabak Maggi dan Seri Muka Durian

Kehidupan kita ni penuh dengan dugaan dan cabaran. Kalau hari ni hari senang kita, esok lusa belum tau samada kita akan terus begini. Ada kawan-kawan mama yang sedang menghadapi cabaran hidup yang amat getir dan sayu rasa hati bila mama dengar cerita mereka.. apa yang boleh mama tolong selain dari meminjamkan telinga ini dan menjadi pendengar yang setia. Kata orang dgn meluahkan sedikit sebanyak apa yang terpendam boleh juga melegakan hati dan perasaan mereka.

Sedih bila dikenangkan masa susah, sama-sama membanting tulang, memeras otak mencari rezeki, bila mula senang sedikit.. maka hati pun menjadi senang dan mula menyenangkan diri dengan orang kedua ketiga dan keempat.. adoiiii… ke mana rasa hati tu… mana pergi kasih sayang yang kononya tinggi menggunung. Takde angin takde ribut, tiba-tiba hujan batu melanda. Bengkak bengkol badan dibuatnya… Hanya Allah swt jer yang memberi kekuatan pada mereka utk menahan kesakitan dan keperitan.

Kadang-kadang tu kita memang tak sangka langsung.. nampak di luar semuanya bagus.. semuanya bahagia.. tp hakikatnya.. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Ada kalanya mama terfikir bahawa betul bila ramai berkata duit tak menjanjikan kebahagian.... tapi lagi sekali fikir tanpa duit pun tak bahagia jugak kita.. kan. Kan… Ada kawan2 mama yang kaya dengan duit.. tapi kebahagian dia amat miskin.. Kaya dengan duit, kasih saying muflis.. Alhamdulillah.. mama tak kaya (kalau kaya pun nak gak.. hahaha) tapi cukup dgn kebahagian dan kasih saying. Cuma kalau bahagia dan kaya.. fuyoooo legaaaaaaaaa.. hahahha..

Harap-harap kita ni tidak lupakanNYA bila kita dah kaya…

Okay laa membebel jerrr.. ni mama nak tempek resipi Murtabak Maggi dan Seri Muka Durian yang mama buat utk mesyuarat ahli tingkap apartment mama ni.. Meeting penduduk dah jadi meeting politik.. boooorrrriiinnnggggg.. Mama jugak buat kek Alunan Kasih dan Karipap (shhhh.. karipap ni beli hak frozen pastu goreng.. jgn btau sape2 tau.. heheh)

Bila masa mesyuarat dan dihidangkan makanan tersebut, aik ramai infact semua tak pernah rasa murtabak maggi tu, something very new for them. Habis licin semua.. kek, karipap, pulut seri muka dan murtabak tu..

Murtabak Maggi – resipi belasah mamazieza

6 bungkus maggi
3 bungkus perasa maggi – mama guna perasa kari
10 biji telur dipukul sedikit
Sedikit lada sulah
Sedikit garam (jgn banyak tau.. nanti masiinnnn.. sebab perencah maggi dah masin)
Daun bawang yang dihiris
Cili merah – hiris
Bawang Besar pun dihiris

Tambahan Udang dan ayam yang dipotong kiub kecik-kecik.
Mula-mula mama tumis sedikit udang dan ayam tu dengan rempah kari maggi tersebut. Agak-agak masak jerr ayam dan udang tu.. angkat dan tepikan.

Maggi tadi mcm biasa, kita buat mcm nak makan maggi biasa, tapi yang ni lepas maggi tu lembut kita toskan airnya.

Pecahkan telur tadi ke dalam satu bekas yang besar dan campurkan dengan serbuk perasa maggi, lada sulah dan garam dan kacau sebati. Masukan maggi, cili, ayam, udang dan semua-semua bahan yang dihiris tadi. Kacau sebati. Tak boleh dibiarkan terlalu lama nanti maggi tu resap telur.. huhu.. kembangggggg….

Kita goreng laa dlm kuali non stick. Ikut suka nak buat satu biji besar sekali gus atau buat kecik2 kalau rajin.. hehehe… Dah masak one side, kita terbalikkan ke sebelah lain. Comei jer jadi murtabak maggi ni.





Dihidangkan gitu saja atau dengan sos cili.. yummyyyy



Talam/Seri Muka Durian pulak mama ambil dari blog Kak Wan http://resipicitarasawan.blogspot.com/search?q=talam+durian, Kak Wan buat cun.. licin jerr permukaannya.. mama buat cam muka bulan.. hahahaha

Kuih Talam Durian

Bahan Lapisan Bawah
500gm beras pulut
300ml santan KARA
200ml air
2 sudu kecil garam halus

Bahan Lapisan Atas
200gm isi durian
120gm gula kaster
60gm tepung beras
40gm tepung hun kwee
300ml santan KARA
200ml air
1/4 sudu teh garam halus
pewarna kuning

Cara-cara :
1. Cuci dan rendam beras pulut selama 4 jam. Toskan.
2. Satukan pulut bersama lapisan atas dan kukus selama 30 minit. Apabila masak pindahkan ke dalam loyang yang dileser dengan minyak. Gaul rata dan tekan padat ke dasar loyang.
3. Satukan semua lapisan atas, kisar sebentar hingga isi durian hancur. Kemudian tapis dan masak hingga naik wap dan tuang ke atas lapisan bawah.
4. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.








Hmmm.. resipi-resipi lain kat lain entry ya… tungguuuu….

Sunday, July 17, 2011

Tat Nenas pesen lama-lama...

Lama betul mama tak buat tat nenas pesen lama ni.. asyik buat tat gulung... sehinggakan acuan tembaga mama pun tah mana dah hilang...

Tat ni mama buat sebagai contoh utk adik mama kerana dia dapat kontrak untuk supply hamper ke satu departmental store.. cuma yang tak bestnya.. on consignment.. adushhh.. tapi sebab adik punya pasal.. buat laa jugak.. sikit2 pun dapat laa kan. InsyaAllah.. semuga Allah limpahkan rezeki yang halal untuk kami..

Tat ni sedap.. tp tak gebu seperti yang mama harapkan.. mungkin mama terlebih putar bila dah masuk tepung dan inti dia tu.. kena buat sendiri laa hehehe.. tak cun yang beli punya.. walaupun home made...



Ada 3 lagi jenis sekut yang mama kena buat.. hmm bilaa laa nak merajinkan diri ni.. adushhh..