Monday, January 31, 2011

Roti Jala Ala Maz Ilhamdapur

Akhirnya.. mama buat jugak roti jala ala-ala Maz punya.. hehehe.. ooo nampak senang tau.. tapi sakit gak tangan tu nak picit botol sos.. sebab tak biasa kan..

Semua orang terkejut..kenapa mama buat roti jala warna-warni.. hahaha.. tp mama sukaaaa





Resipi mama Copy paste ekk dari blog Maz..jgn marah Maz.. hehehe.. tkasihhhhhhh...

Roti Jala
Resipi Asal - Tulip MyResipi
Idea dari - Maz Ilhamdapur.


Bahan-bahan ( 4 org )

2 cawan tepung gandum
2 cawang air
5 sb susu tepung
1 biji telur
beberapa titik pewarna kuning - maz guna sedikit pandan paste dan warna kuning
1 st garam
Cara-cara

1.Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.

2.Perap dalam 1/2 jam. Sediakan kuali & acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper. (maz perap 10 min je)

3.Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit. Boleh dimakan dengan kari ayam.

Sunday, January 30, 2011

Tat Nenas

Mama dok berkenan cara Haslinda Sarip buat tatnya.. jadi mama pun cuba laa kononnya.. hehehe. tetapi.. hmmmm tak sama langsung.. Linda punya tat cukup lawa tersusun.. mama punya hancus.. hehehe.. takpe.. nanti prektis and prektis lagi.. thanks Linda... muaaahhhzz .. kerana beri idea baru cara baru untuk mengetat.. heheh






TAT GULUNG
Resipi Asal - Kak Liza (Hanieliza)

Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Saturday, January 29, 2011

Nasi Lemak Kukus Mamazieza





Lama bebenor mama tak kukus nasi lemak.. entah apa punya hangen.. pagi ni .. tiba2 jerr bingkas buat nasi lemak. Mama pulak kalau masak nasi lemak mama lebih suka kukus .. bukan tanak.. kalau beli .. belasah jerr laaa.

Nasi lemak mama takde halia ke .. bawang ke.. halba ke.. sebab to me tu dah lebih mcm nasi dagang.

NASI LEMAK KUKUS

Basuh beras bersih-bersih dan kemudian rendam 2 - 3 jam.

Kemudian kukus hingga kering.
Angkat dan rendam dalm air yang lebih kurang dalam 1/2 inci dari paras beras. Rendam sehingga airnya sejuk.
Kukus lagi sekali sehingga masak.
Turunkan dan gaul dengan santan dan kukus lagi.
Jangan lupa laa letak garam skit supaya rasa nasi tu sedap...

Buat laa sambal udang ke.. sambal bilis ke.. tapi kalau kat Melaka sambal nasi lemak mesti manis2 skit... dan mama pun tak laa suka lauk banyak-banyak. Cukup laa dengan timun, ikan bilis. Dan paling mama suka kalau ada ikan pari kering.. fuhhh...

Tuesday, January 25, 2011

Siakap Kukus

Sebenarnya lauk ni dah lama sangat masak.. tp mama lupa mama save kat mana gambarnya.. hahaha.. ni baru laa jumpa...



Resipi mama.. belasah jerrr...

Seekor Ikan Siakap
(bersihkan .. basuh dengan garam dan asam jawa biar takde baunya yang harum tu.. hahaha)kemudian lomor ikan dgn garam dan perahan asam limau skit..
bawang putih - hiris
halia - hiris
bawang merah - hiris
serai sebatang - katuk-katuk
tomato - belah 4
cili padi - ikut suka.. kalau nak.. hehehe
garam.

semua tu tadi mama gaul dan letak atas ikan tu.. dan curah satu sudu besar sos tiram dan perah limau skit. Pastu kukus.. dlm 20 minit.. hmmm siap.. sedappp.. makan gitu jerrr

jangan boh air tau.. nanti kuah tu akan ada sendiri.. dari bawang2.. tomato.. ikan.. baru laa manis...



Friday, January 21, 2011

ROTI GORENG BERINTI

Resipi yang disumbangkan oleh Khariah dari Resipi.net.. memang sedap dan simple jerrr.. Yang mama punya version ni.. inti dia mama belasah jerr.. biasala kan.. hehehe



BAHAN:

· Serbuk roti

· Telur

· Mayonis

· Cream cheese

· Lada sulah / lada hitam

· Ayam

· Bawang Besar hiris

· Cili Benggala potong dadu

· Daun salad

· Roti Gardenia jgn lupa..



Roti:

1. Lapiskan dua roti

2. Gelekkan dgn kayu penggelek sampai nipis.. tak der penggelek botol sos pon boleh..

3. Gunakan Acuan bulat (kalau ikut gmbr deme guna tutup thermos, tin pon boleh) utk memotong roti..

4. Celupkan dlm telur n serbuk roti n gorengkan hingga kuning keemasan. Confirm akan menggelembung.

5. Toskan.



Inti

1. Tumiskan bawang

2. Masukkan cili benggala

3. Masukkan ayam n lada sulah/lada hitam

4. Masukkan mayonis & Cream cheese

5. Kacau2.. rasa.. kalu tak cukup garam tambah lah yer..



Cara hidang:

1. Potong 2 roti yg telah digoreng (guna gunting cantik sikit)

2. Letakkan daun salad

3. Masukkan inti yg siap dimasak





Thursday, January 20, 2011

Cheezy Sosej Capati Rolls





CHEESY CAPATI AND SOSEJ ROLL

Kepingan Capati (beli aje kat tesco ke giant ke mana2 ke)
Bawang besar, capsicum (dihiris dan layurkan sedikit)
Cheese yang siap di sagat (grated) - parmesan, cheddar dan mozarella
Sosej (mama sliced dua jadi nipis supaya senang masak dan goreng2 skit)
cili sos, mayonnaise


Gorengkan capati. Bila capati dah agak garing.. masih di atas kuali leper tu...
Letak bawang besar yang dah dihiris dan dilayur sedikit. Letak sosej. Tabur jugak segala cheese yang nak... mama letak parmesan, cheddar dan mozarella, boh laa cilis sos dan mayonnaise. Gulung dan dah siapppp..

Tuesday, January 18, 2011

Wednesday, January 12, 2011

Apam PolkaDot aka Apam Dot Dot

Terpikat dgn warna-warna yang terang dan berwarna warni.. mama cuba buat apa dot dot ni.. hmmm memang sedap dan menawan hati.. tp warnanya tak laa seterang yang mama impikan.. resipi mama c&p MyR -


Apam PolkaDot aka Apam Dot Dot


Bahan-bahan

3 biji telur - dari peti sejuk

275 gm tepung gandum

220 gm gula halus - hana kurangkan

150gm susu segar

3 sudu teh baking powder

1 sudu kecil ovallete

Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)

Pewarna




Cara-cara




Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

Picitkan blueberry filling secukupnya.

Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.




NOTE dr Hana:

Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).

Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.