Saturday, January 29, 2011

Nasi Lemak Kukus Mamazieza





Lama bebenor mama tak kukus nasi lemak.. entah apa punya hangen.. pagi ni .. tiba2 jerr bingkas buat nasi lemak. Mama pulak kalau masak nasi lemak mama lebih suka kukus .. bukan tanak.. kalau beli .. belasah jerr laaa.

Nasi lemak mama takde halia ke .. bawang ke.. halba ke.. sebab to me tu dah lebih mcm nasi dagang.

NASI LEMAK KUKUS

Basuh beras bersih-bersih dan kemudian rendam 2 - 3 jam.

Kemudian kukus hingga kering.
Angkat dan rendam dalm air yang lebih kurang dalam 1/2 inci dari paras beras. Rendam sehingga airnya sejuk.
Kukus lagi sekali sehingga masak.
Turunkan dan gaul dengan santan dan kukus lagi.
Jangan lupa laa letak garam skit supaya rasa nasi tu sedap...

Buat laa sambal udang ke.. sambal bilis ke.. tapi kalau kat Melaka sambal nasi lemak mesti manis2 skit... dan mama pun tak laa suka lauk banyak-banyak. Cukup laa dengan timun, ikan bilis. Dan paling mama suka kalau ada ikan pari kering.. fuhhh...

4 comments:

Nalfiza's Kitchen said...

mmm..sedapnyerr..x pernah wat lg nasi lemak kukus ni.nnt nk try la.sy view blog mamazieza ni dr kongsi resepi,trus jdi follower.heee..

Nieza said...

As salam mama, sedapnya nasi lemak!..nk order sepinggan..hehe

mamazieza said...

nalfiza - cuba laa buat nasi lemak kukus ni.. memang sedap.. nasi dia berderai.. and thanks ya jadi follower mama.. hehehe

nieza - salam.. nak order antau ke mana? hahahaha

Adira Asara Ara Don said...

assalamualaikum mamazieza...