Wednesday, January 12, 2011

Apam PolkaDot aka Apam Dot Dot

Terpikat dgn warna-warna yang terang dan berwarna warni.. mama cuba buat apa dot dot ni.. hmmm memang sedap dan menawan hati.. tp warnanya tak laa seterang yang mama impikan.. resipi mama c&p MyR -


Apam PolkaDot aka Apam Dot Dot


Bahan-bahan

3 biji telur - dari peti sejuk

275 gm tepung gandum

220 gm gula halus - hana kurangkan

150gm susu segar

3 sudu teh baking powder

1 sudu kecil ovallete

Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)

Pewarna




Cara-cara




Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

Picitkan blueberry filling secukupnya.

Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.




NOTE dr Hana:

Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).

Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.




5 comments:

Unknown said...

Salam mama, wah cunnya apam ni mama...comel gitu..oklah tu colour dah lawa la tu..:)

Mrs Fingers said...

segaknya apam nih!! hinsss timbul keinginan nk try...time kukus tu kena tutup la eh periuk? kalau guna tempat kukus yg dalam jar rice cooker tu muleh dak?

mamazieza said...

Mrs Fingers.. boleh guna kukusan kecik tu pun.. tp lambat laa skit sebab kita leh kukus skit2 jerrr..

hanim said...

salam ma
dah macam bola la pulak
sweet arr warna2 tu

mamazieza said...

hanim...

tu laa pasal.. memang mcm bola.. hahahaha