Thursday, December 30, 2010

Bubor Jagung

Bubur Jagung
Resipi dari Junjs11 - MyResipi

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
4 tongkol/batang jagung manis-diambil isinya
5-6 sudu besar gula (ikut manis)
1 mangkuk kecil santan pekat
1- 1 1/2 mangkuk kecil air
2 helai daun pandan disimpul
1/4sudu teh garam (optional)
segenggam sagu dibilas dan toskan(optional)
Cara-cara 1.Isi jagung dibersihkan dan direbus dengan air lebih kurang 8-10 min. (jagung ni cepat masak) 2.Kemudian masukkan gula, santan, daun pandan, garam dan sagu. Biar mendidih dan masak. 3.fyi:- bubur ni berwarna putih. bagi mereka yg suka warna bolehlah menggunakan sagu yg berwarna yg terdapat di supermarket. Nampak menarik sikit, hehe..
Add a caption
Bubur Jagung
Resipi dari Junis11 - MyResipi

Bahan-bahan

4 tongkol/batang jagung manis-diambil isinya
5-6 sudu besar gula (ikut manis)
1 mangkuk kecil santan pekat
1- 1 1/2 mangkuk kecil air
2 helai daun pandan disimpul
1/4sudu teh garam (optional)
segenggam sagu dibilas dan toskan(optional)


Cara-cara 1.Isi jagung dibersihkan dan direbus dengan air lebih kurang 8-10 min. (jagung ni cepat masak) 2.Kemudian masukkan gula, santan, daun pandan, garam dan sagu. Biar mendidih dan masak. 3.fyi:- bubur ni berwarna putih. bagi mereka yg suka warna bolehlah menggunakan sagu yg berwarna yg terdapat di supermarket. Nampak menarik sikit, hehe..



Bunga-Bunga Cokelat


Saturday, November 27, 2010

Award dan Tag dari MamaFami


Nick name tuan empunya Blog:
Mamazieza

Ucapan untuk pemberi award :

A big hug dan Terimakasih kat MamaFami yang tak jemu-jemu hantar award kat blogger seperti mama ni.. mujur dia tak beri award Dollah Cantik.. kalau Dollar Cantik.. boleh gak.. hehehehe...Terimakasih sekali lagi..


6 fav artist / singer / group :
Ni yang susah nak jawab.. sebab memang takde yang feberet singer.. tp suka lagu mereka jerrr.. tp takpe laaa

Siti Nurhaliza
Maher Zain
M. Nasir
Mia Sara Nasuha
- tak dapat den nak fikir lagi dahhh.. hahaha

Tag 10 bloggers : ni lagi laa tak tau.. benti kat sini ekkk.. heheheh.. biar org lain tag...nak tak mamafami.. mamafami yang tag kita.. nak tag kak liza.. mamafami dah tag.. hahaha

Saturday, November 20, 2010

Bertemu MrsNor di Kota Bharu

Pada 18/11/2010 sempena AidilAdha di Kota Bharu, mama berkesempatan bertemu dengan MrsNor Wahid... Nak pergi pulak hari malam.. jalan di Kota Bharu mama tak berapa pasti.. tu dia.. 3 kali mama tawaf.. hahaha... akhirnya bertemu laa rumah agam MrsNor..

Selangkah mama masuk.. terpegun laa mama.. bagaikan masuk ke rumah Mat Salleh.. adusshhh.. kemas.. lawa dan JELITA LAAAA...















Lupa laa pulak.. hahaha. di pintu.. yang menyambut tu.. putih gebus... MrsNor.. kesian dia.. memalam buta mama menerjah ke rumah .. sorry ekkk.. tapi Mrs Nor sempat lagi gorengkan mi.. jamu mama dan famili dengan kuih muih.. sedapppp youu.. anak mama yang tak suka mi pun makan bertambah...memang sedap .. tak bohong...

Tengok sendiri laa kejelitaan MrsNor dan kecantikan rumahnya.. Jeles mama tau... tapi mama rasa Che Mat lagi jeles.. hehehe.. pengsannnnnnn...






Saturday, October 30, 2010

Sayur bendih ni mama buat ikut blog Khai's Sedap-sedapan http://khaissedap-sedapan.blogspot.com/
Mama copypaste jerr laa ekk.. Tkasih Khai.. sedappppp

Bendi rebus bersambal

Bahan2nya:
15 biji bendi yang sederhana panjang
(rebus 5 minit dan keluarkan dan masuk dalam air sejuk supaya ia nampak masih lagi hijau dan boleh lah diletakkan didalam pinggan hidang..... ikut stail CMG ......)
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan2 yang ditumbuk kasar
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
1/2 cawan ikan bilis

Cara2nya:
Pijarkan minyak.
Tumniskan bahan2 yang ditumbuk kasar tadi sehingga garing. Setelah garing masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul lagi dan padamkan api. Angkat dan curahlah atas bendi yang direbus tadi dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba......



Asam Pedas Ikan Pari Mamazieza
(resipi campak-campak)


2 keping ikan pari basah
(cuci dgn air asam limau, asam jawa dan garam)
sekuntum bunga kantan di belah dua
sebatang serai - ketuk2 jer
bawang merah 7 ulas
bawang putih 2 ulas
3 sudu besar cili boh
minyak utk menumis
garam dan asam secukup rasa

Cuci ikan bersih-bersih dan ketepikan.
Tumis cili boh bersama dengan bawang-bawang yang telah ditumbuk. Masukkan serai dan bunga kantan. Tumis hingga naik bau. Masukkan ikan pari biarkan sekejap saja dan masukkan air asam jawa. Rasa dan tambah garam dan pak aji kalau guna laaa.. mama tak guna penambah perasa tu semua.

Kalau sape2 perasan.. mama tak guna belacan ekk.. hehehe.. sebab terlupa.. wakakaka




Last sekali ni dia
Cencaluk Tengku Nasir.. hehehe

Friday, October 29, 2010

Belajar bermain dengan DSLR






yang ni kan.. nak fokus kat biskut gi fokus kat cawan.. jadi gambar cawan laa yang terang.. hahahaha





Saturday, September 18, 2010

Meng'UPDATE' Blog yang dah bersawang

Berzaman rasanya mama tak update blog. Tak tau laa kenapa tapi kadang-kadang tu disebabkan masalah nak upload gambar yang ambil masa, smpai tertidur dibuatnya.. kadang-kadang pulak internet buat hal, kadang-kadang laptop buat hal tapi yang SELALU BUAT HAL.. si mamazieza sendiri laaa.. asyik takde mood semacam.

Okay, ni nak berjanji tak mau laa.. tp mama akan cuba untuk update sekerap mungkin blog-blog dan fotopages mama... huhuhu...

Nak pergi kursus menulis dengan Mamafami dan kursus ambil gambar dgn Mat Gebu.. haha.. agaknya lepas tu laju kot boleh update blog...

RE-UNION KEWANGAN USAHA BERSATU BERHAD/KEWANGAN BERSATU BERHAD