Percutian di Phuket bersama Adi Putra dan 1Hotlovers merupakan satu percutian yang sungguh2 seronok .. mencabar dan mendebarkan.. Alhamdulillah. Allah swt memberi kesempatan buat kami berjumpa lagi dengan kawan2 .. dan alhamdulillah dgn sedikit ingatan .. tidak laa kami2 lalai dan hanya bergembira tak hengat dunia.
Dalam pengembaraan dan pengalaman yang penuh cabaran dan debaran, dapat di lihat bagaimana ahli-ahli 1Hotlovers bersatu hati.. tolong menolong.. bantu membantu .. Yang masih mampu berdiri, menolong mereka yang telah lembik dilambung ombak.. dilambung gelora lautan yang tiba-tiba menggila.
Awal pagi perjalanan dalam bot yg sungguh nyaman dan aman tiba-tiba diakhiri dan dikejutkan dengan angin yang kuat dan hujan yang tidak lebat, gelombang air laut yg tiba-tiba naik setinggi 1 - 2 meter. Hentakan badai ombak melambung kami2 di dalam bot... terasa kesakitan di ponggong.. di tangan yang memegang erat apa saja yang boleh dipegang agar tidak jatuh dari tempat duduk. Ramai dari kami yang mula mabuk laut dan muntah-muntah.
Tidak cukup dgn lambungan ombak, kami diuji pulak dengan kerosakan satu dari 3 enjin bot yang disewa khas oleh Adi Putra utk kami. Di tengah2 lautan, bot berhenti.. terumbang-ambing... yang tak mabuk pun dah mula mabuk dan muntah.. lebih dahsyat dari masa bot berjalan dan menghentam badai ombak... sana sini masing2 mengeluarkan isi perut.. akhirnya mama lari ke depan deck bot.. utk hilangkan rasa meremang dan rasa nak mengikut jejak mereka.. ku ajak Zainurul.. ke depan dan ambil nafas.. sepanjang perjalanan tadi.. mulut dan hati tidak pernah berhenti berdoa dan berzikir.
Kecekapan pemandu bot, memang patut di puji.. dgn gelombang ombak yang tinggi tu .. bot kami boleh terbalik kalau bukan calang2 org yang memandu bot tersebut.. Enjin yang rosak tak dapat dibaiki, dan kami meneruskan dgn 2 enjin. namun demikian.. help is already beside us. Satu lagi bot telah ada di sebelah kami dan mengikuti perjalanan kami. Memang cekap dan pantas pekerja2 di atas bot.. tidak panik dan tenang menjalankan tugas2 mereka. Permulaannya nak pindah ke bot satu lagi.. tp dgn baby adelia dan juga di tengah2 lautan yang bergelombang.. dilupakan saja.. biar laa diteruskan dgn 2 enjin.. biar lambat.. asal tak perlu nak melompat ke bot sebelah.. heheheh..
Sampai saja di marina.. mama terus ke lantai bot sujud syukor.. Alhamdulillah.. syukor... syukor.. syukor Alhamdulillah.. sampai kami ke daratan.
Apa yang dapat dilihat.. semangat kekeluargaan.. semangat kesetiakawanan.. rasa kasih sayang yang terjalin antara #1Hotlovers... amat2 terharu dibuatnya. Juga terlihat kasih sayang seorang suami pada isterinya yang sudah letih lesu kerana mabuk dan muntah.. dan sayangnya seorang artis kepada peminat aka penyokongnya di masa kesulitan..
To all #1Hotlover and Adi Putra.. salute you guys... satu2nya pengalaman dan perjalanan percutian yang sungguh2 adventurous.. yang tak akan mungkin dilupakan .. akan terus disimpan dalam lipatan sejarah hidup.
p/s..kami2 yang tak mabuk laut.. dilanda mabuk darat yang teruk setelah berada di darat.. hahahaha.. duduk di kerusi mcm dok dalam bot.. mandi pun rasa berada di lautan.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
geng2 baik #1Hotlovers |
'Abang' yang sentiasa tersenyum |
Anak dan Isteri 'Abang' pun sentiasa tersenyum |
Yang ni bukan tak nak senyum.. tp menggaru.. gatal bahu tu.. haha haha |
No comments:
Post a Comment