Mat Gebu ada menulis di blognya, berblog biar ada kelainan. Setiap dari kita adalah berlainan, lain jantina.. haha… lain warna kulit, lain bentuk paras rupa… eeekkk.. bukan tu laa maksud Mat.. hahaha.. mama ni kalau bab merapu meraban nombor satu.
Sebenarnya.. bukan semua orang boleh berblog, setakat buka blog tu boleh.. tapi nak menarik orang datang ke blog bukan senang. Contoh paling dekat mama lerrr, walau pun, bukan nak meninggi diri (sebab mama memang dah pendek haha) mama memang dikenali dlm alam cyber, tapi kengkawan yang jenguk blog memang amat kurang. Banyak sebab dan kekurangan dalam blog mama. Dari segi penulisan, gambar dan tajuk, memang hancus.. mama memang takde aura langsung..nak pinjam aura Mawi pun.. dah takde …. hahaha.
Nak berblog, satu kita kena rajin meng’update’ dan menziarah blog kengkawan. Kedua kita kena pandai bermain kata-kata dan membuat cerita agar orang tertarik dan ditarik ke blog kita selalu. Ketiga, suasana blog kita sentiasa ceria dengan pelbagai gambar yang menarik. Keempat.. kelima dan seterusnya.. bla.. bla.. bla.. kan dah kata.. mama ni memang malas.. hehehehe…
Pada mama, nak tulis satu perenggan bagaikan nak tulis sebuah buku.. mama boleh dok bersembang face to face, sembang dalam fon.. but not in writing.. memang fail tahap F17. Mama juga takde kesabaran, hahaha.. kalau nak upload gambar tu.. bila kena tunggu lama-lama tu mula laa terus kensel… hahahaha.. Mcm mana laa nak berblog.. hehehe… Nak tulis artikel ni pun ambil masa seminggu tau. Tulis skit.. save.. buat benda lain.. haha..
Kadang-kadang tu, dalam otak ni macam-macam ada nak dituliskan dan update.. nak tempek, tapi bila masa tak mengizinkan, mula laa malas. Hilang semua yang ada dalam otak tu. Entry ini kira panjang laa jugak mama tempek.. hehehe…
Hmmm.. nanti laa next entry mama nak tulis pasal .. pasal apa ekkk….pasal apa-apa laaaa…
No comments:
Post a Comment