Monday, July 23, 2012

SNOWY CHEEZY SLICE CAKE

Snowy Cheezy Slice Cake


Resepi : Sherry mz@MyR
Bahan-Bahan

6 biji telur ayam (mama guna 5 jer putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong - mama guna tepung pau..
60 gram tepung jagung
50 gram air sejuk
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalette
75 gram mentega cair

UNTUK SAPUAN ATAS

1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis-
Putar kedua-dua bahan sehingga gebu.

UTK TABURAN

1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

CARA-CARA MEMBUAT

Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar sehingga pekat dan putih gebu. Pelahankan putaran dan masukkan mentega cair. Kaup balik dengan spatula sehingga mentega cair sebati dengan adunan.

Tuang ke dalam acuan 9 atau 10 inci yang telah digris/alas dan bakar sehingga kek kekuningan dan masak. (masa dan suhu ikut oven masing-masing)

Boleh potong potong kek menjadi dua lapis dan sapu krim cheese ditengah2 dan lapik.
Sapukan krim selebihnya sekeliling kek dan parutkan cheddar cheese tadi sebagai hiasan.

Taraaaaaaa.. Siap dah..

8 comments:

Delima Zamrud said...

salam perkenalan...Sedap nyer nampak kek tu :D

mamazieza said...

Salam dari mama jugak Delima.. memang kek tu sedap.. cuba laa buat.

sathiarani said...

kek nie mmg sedap mama, saya pernah cuba, cuma tak de resipi je...nnt saya cuba. thanks for sharing.

inahar ali said...

Perghhhh..meleleh ayaqliuq woo!! Cian kita maaa..kempunan sehh!! Salam rsmadhan wat mama sekeluarga ye!

Yatie said...

Assalamualaikum Mamazieza,
mmng sedap kek ni, yatie pun dah buat guna resepi ni....mmng berbaloi...

mamazieza said...

Sathia... memang sedap kan.. mama dah beberapa kali buat.. budak2 pun suka.

Ina.. ishhh. ishhh.. gi lapi ayaq liur tu.. heheheh

Yatie... Waalaikumsalam.. mama pun sukaaa...

k.zai said...

mmg sedap kek ni..dh pernah post kt blog

yannzl said...

slurppp... cheeesee diaaaa...saja tau.. bagi kita tangkap leleh nengokkkk..nk buat gak .. kena lawan penyakit M ni....hehehehe