Sunday, July 8, 2012

Salam Sayang Semua.. 3S tu.. hehehe

Salam Semua... Lama bebenor kan mama ni tak update blog.. dah bersawang..bersarang dah blog ni.. Tah apa punya penyakit laa.. makin lama makin malas.. makin lama makin tak rajin..Blog orang lain satu hari 3 kali.. blog mama 3 bulan belum tentu sekali hehehe.. Yerlaa orang lain pandai bersembang.. menulis.. merekacipta.. mama ni suka tak suka.. suka suki.. ahakkkzzz... Dah berapa lama.. semalam 7/7/12 mama buat samprit.. wahh teruja nak menerai samprit.. maklum laa mama tengok tahun ni mcm tahun samprit laa pulak.. sana sini org dok tempek, biskut samprit.. Ni ada satu resipi yang mama dan kengkawan di Resipi.net selalu gunakan..


Samperit Norazie

300 g mentega
160 g gula aising
2 kuning telur
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA

Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

1 comment:

~CN2S~ said...

salam mamazieza..resepi semperit norazie ni memang sedap. every year raya, mesti buat semperit ni...kalau guna butter scs lgi sedap...