Tuesday, November 8, 2011

Roti Naik lagi dan lagi








Membuat Roti Naik yang tak naik dah sebati dengan mama.. hehehe.. mula-mula buat jadi.. lepas tu.. tak jadi.. jadi.. frust nonggeng gak.. hahaha...

Baru2 ni Mamafami ada btau kat mama pasal resipi Tok Mak.. waaah marbeles .. febeles laa resipi tu.. menjadi sungguh.. doh agak lembik .. tapi takpe.. bila kita bahagi kecik2 tu dgn tpung di tangan kita boleh bentuk doh tu.

Ni Resipi Tok Mak..

ROTI NAIK PAHANG......resipi Tok Mak.....
...
1 BIJI TELUR.
2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS.
3/4CWN GULA.
2 SUDU KECIL IBU ROTI@MAURIPAN .
2 SUDU BESAR MARJERIN.
1 SUDU KECIL SORTENING.
500 GM TEPUNG GANDUM CAP SAUH.mama guna cap Lily
300 ML AIR ..AIR NI DH DI CAMPUR SEKALI TELUR N SUSU MANIS JADI 300 ML AIR.
1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG SEBARANG JER

Mama guna mixer biasa.. tak guna Bread Maker..
Masukkan semua bahan2 kecuali marjering dan shortening tu..
Uli sehingga agak-agak sebati masukkan majerin dan shortening.
Uli lagi sehingga nampak dia tak melekat di mangkok .. tp melekat juga di jari... hehehe

Bahagi doh pada 30 gm dan bulat2kan atau ikut laa nak buat macam mana pun.. Mama ni Che Las.. hehehe

7 comments:

Tina Othman said...

wah sedapnya mama, tak penah buat roti lg ni, nak kena tunggu lama tak roti tu naik

My Fadelicious said...

Bolih lah nk try..MamaF pon siarkan x buat lagi pon..bru beli ingredients dia..nanti nk try..

MamaFaMi said...

Caaaayalah mama... roti naik dah naik bagai dipam pam tu nampaknya... :D

Nieza said...

bestnyer tgk roti mama....lama dah tak meroti ni...angin meroti dah kemana ntah belayarnya...hehe

harleena said...

wah, cantik naiknya dan gebus gitu... sejuk2 ni, malas nak meroti walaupun dah tergoda ngan roti mama ni... kena meroti gak esok ni... bun dari nieza pun tak sempat nak try lagi..

Anonymous said...

erm kalau tambah bread improver ok x?

mamazieza said...

boleh kalau nak tambah.. tp kira originaliti roti naik tu takde laa.. sebab roti naik sendiri takde tambahan apa2 lain utk kelembutannya..