Saturday, March 5, 2011

Bread and Butter Pudding

Masa hari Maulidul Rasul tempuh hari... rumah Mak Tok ada buat kenduri dan banyak laa pulak roti dibeli sehingga terlebih-lebih.. mama pun bawak pulang.. simpan dalam peti es.. biasa laa kan.. hahaha.. then seminggu selepas tu (oooshhh lamanya.. hahaha)baru laa dok menggelabah cari resipi pudding roti yang besh.. hmm cari dan cari .. mama jumpa laa resipi ni.. sedap laa sosnya.. mama amik dari dapur Chef Azli.. jgn marah ekk Chef.. mama C&P.. hehehe.. tp memang sedap... Korang cuba.. pastu.. doakan utk chef sekali muga lebih berjaya didalam karier beliau.. insyaAllah.. aminnnnnnnnnnn


Bahan-bahan A
200ml susu cair/whipping cream
500 ml susu segar
25 gm gula
3biji telur

Bahan-bahan B
12 keping roti sedikit mentega untuk disapu
30gm buah badam hiris
20 gm kismis/sultanas

Sos vanilla
1 tin susu cair
250ml susu segar
100gm gula kaster
80ml air
1 biji telur
2 biji kuning telur
1 sudu tepung kastard
1 camca teh essence vanilla

Cara-cara penyediaan

1.Sapukan mentega atas roti sedikit.Susun atas acuan pembakar.
2.Kemudian bancuh semua bahan A. Curahkan dalam bekas berisi roti yang disusun.
3.Taburkan kismis atas roti dan bakar sehingga masak kekuningan.
4.Untuk menyediakan sos vanilla bancuh semua bahan dan masak dengan api yang sederhana sehingga likat dan sejukkan. Pastikan dikacau sentiasa supaya tidak berketul.Sedia untuk dihidangkan.


Read more: http://azlirazali.blogspot.com/2010/04/bread-butter-puding.html#ixzz1FlIH9b6T


4 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Mamazieza Ku Cyg..

Apa kabar Mama..Lamanya x jumpa di blog...rindunya...kat fb pulak Lin jarang2 online...

Sedapnya resepi mama ni...sesuai untuk minum2 petang...

Anonymous said...

alamak..macam sedap jeeeeeee..nak cikit! :P

nabialishad..

mamazieza said...

Lin & nabia..

Lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaa... tak sembang.. huhuhu...

Anonymous said...

MamaZ..bila laaaaammmmmmmmaaaaaa tu yang mahal! makin lama makin rindu u! haha..

-nabialishad