Monday, March 14, 2011

Kek Alunan Kasih

Lama dah mama dok idam nak buat kek ni.. hehehe sebab teruja ngan line-line hitam mcm kontor masa belajar Geografi tingkatan 4 dulu.. hahahah. Mama dok jenguk berkali-kali blog Umi Kuantan..

Resipi mama amik dari blog Umi Kuantan http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/




KEK ALUNAN KASIH
Resepi : Puan Mastura Yasak (Kongsi Resepi FB)
Sumber: Am-Flora/Umi Kuantan

Bahan:-

5 Biji Telur

1 ½ cwn (250 gm) planta atau butter

2 ½ cwn tepung gandum *

1 sudu kecil baking powder (*diayak bersama)

2 cwn gula halus (boleh kurangkan)

½ cwn susu cair
1 sudu kecil esen vanila

*Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( citarasa masing-masing)

Pukul planta dan gula smpai kembang.
Masukan telur satu persatu, pukul lagi sampai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair, gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit.
Bahagikan dua bahagian, campurkan pewarna pink dan satu bahagian pewarna hijau
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukkan adunan biru, ratakan dlm loyang dan ayak serbuk koko menutupi lapisan biru tersebut - ayak nipis-nipis jer.

Kemudian masukkan adunan lapisan oren dan ratakan, ayak lagi serbuk koko dan seterusnya tuangkan lapisan pink dan ratakan perlahan-lahan. (jangan sampai serbuk koko di lapisan-lapisan tadi terangkat).
Bakar lebih kurang 45min. pada suhu 160 Degree ikut oven masing-masing (untuk separuh adunan akak bakar 35 minit sahaja

Nota dari AmFlora

Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik

No comments: