Tuesday, April 12, 2011

Vanilla Muffin

Puas dok belek resipi.. sat pegang yang tu.. sat lagi print yang ni.. pastu browse plak yang sana tu... hmmmm last-last.. premix laa jawabnya.. hehehe.. poning pala acik.. kah.. kah...guna premix kan sonang idup... campur minyak/butter cair, campur telur dan air sejuk.. taraaaaaaaaaa... siap dah.. hahaha





Since ada yang nak resipi.. biar laa mama tempek betul2 resipi ekkk.. kang walaupun guna premix.. silap.. naya la pulak

Vanila Muffin - Pre Mix


Bahan-bahan

1 kg Premix Muffin Flour
350 gm telur (lebih kurang 7 biji gred B)
225 gm air sejuk
280 gm minyak (mama campur minyak dan buttercup cair half-half)
sedikit chocolate chips atau badam.. atau apa2 laa utk hias


Cara Membuatnya

Putar semua bahan kecuali minyak selama lebih kurang 4 minit dengan kelajuan sederhana.. JANGAN putar sampai gebu.. rosak mufin nanti.. hahaha

Masukkan minyak dan kaup balik dengan spatula saja, sehingga sebati.

Tuang ke dalam acuan.. dan hiaskan.. dan lepas tu.... bakar laaa..

Saturday, April 9, 2011

Mac lagi..

Bukan macIntosh.. bukan McDonald.. tapi Mac went wrong mama.. huhuhu...

Degil yang teramat sangat.. mama masih mencub membuat macaron dgn menggunakan oven Indon.. hmmm hasilnya.. hahahahaha.. terburuk dari ladang..kah.. kah..

Tapi bila diamati.. ada kemajuan.. kaki tak laa bersepah sangat.. dah mula bersopan skit.. hehehe.. atas dia pun dah licin..

nanti laa.. tunggu kerajinan yang akan datang.. hehe



Friday, April 8, 2011

Saja-saja nak menulis...

Salam Semua

Hari ni, hari rajin mama, pusing-pusing tengok blog kengkawan.. tengok gambar.. baca cerita.. baca luahan.. baca coretan.. baca guraun.. terhibur hati mama.. mencuit dan adakala menyentuh dan.. chehhhh... mengalir airmata.. ishhh .. kalah tgk citer hindustan pulakkkk...

Dalam jalan-jalan.. pusing-pusing tu.. mama perasan.. dalam dunia cyber ni.. kita masih lagi mempunyai kawan-kawan yang memang ikhlas berkawan dengan kita dan sanggup susah senang dengan kita.. walaupun hanya dengan kata-kata yang dicoretkan di atas ruangan komen. Orang yang kita tak pernah jumpa, tidak tau bagaimana rupa.. tp mereka laa yang kadang kala pengubat rasa resah risau kita. Mama rasa bertuah sungguh kerana berjumpa ramai kawan-kawan yang memangnya sejati sebagai kawan.. tak dinafikan ada juga yang menjadi kawan kerana ada udang dalam mee atau ada rempah untuk buat kari... well.. ni dunia kan.. macam2 asam garam dan macam-macam jenis ikan.

Selama lebih dari 10 tahun mama dah bergelumang dengan alam cyber.. bermula dengan ruangan gossip lepas tu dengan mailing list resipi.net dan di cari.com, banyak sungguh yang dah mama tempuhi.. kalau nak kata berblog ni.. hahaha.. mama ni dah lama berblog.. tp entry mama laa paling ciput.. gitu jugak fotopages.. facebook.. hehehe.. maybe mama ni antara yang terawal ada akaun facebook.. tapi antara yang terlewat aktif dan tak aktif.. hehehe.. Bukan semua ada kebolehan menulis .. mama lebih kepada membaca (tu pun kadang-kadang jerrr) menempek dan mengambil gambar lagi laa tah apa-apa...

Mintak maaf pada semua kengkawan yang selalu jenguk blog mama.. tp mama jarang jenguk blog korang.. ampunilaa mama mu yang memang lembab ni.. hehehe.. luv you all..


tengok-tengok laa kek besday yang macam kek kawen ni ekkk.. janji sedap.. mama tengok pun tak larat.. hahahaha.. jangan kata nak makan.. tapi alhamdulillah.. satu dewan kata sedappp.. tu dah cukup membanggakan.. sebab.. tak lawa takpe..kek tu dimakan .. tidak dibuang.. hehe



Ni pulak belangkas dari Pantai Bersih, Butterworth..

Tuesday, March 29, 2011

Red Velvet???

Red Velvet yang tak velvety pun.. huhuhu... gambar gelapppp.....tp rasa.. tetap velvet..


Friday, March 25, 2011

Hospital ooo Hospital

05/08/2010 mama was admitted to the hospital coz of virul fever. As usual mana la nak pergi if not to Pantai Mutiara Hospital which is the nearest to my place. Admitted on 5th and discharged on 8th August, 2010.

Apa yang nak di bual bicarakan ilah apa yang hospital caj kat pesakit-pesakit mereka. Memang kita faham yang kalau pergi ke hospital swasta memang laa mahal, Cuma jom kita tengok apa yang mereka caj. Agaknya dorang ni operate on zero cost kot, everything was charge to the patient.

Room & Board RM660.00
Use of Equipment /Monitoring/ECG/Angiogram etc. RM 18.00
Medical/Surgical Supplies/ID Band RM166.93
A & E Charges (amende ni ekk??) RM 20.00
Laboratory (Ecluding blood deposit) RM520.00
Medical Officer Procedures & Consultation (surgical/non) RM 45.00
General Nursing/Nursing Procedure/nursing Care RM119.50
Inpatient Medication RM386.90


This is only part of the bill tau… Now kita tengok itemized billing dia.

Itemised Billing:

Medical Supplies

Alcohol Swab RM 0.76
Catheter RM 26.45
Clinical Disposable RM 16.00
Disposable Bed Sheet (2 x) RM 9.00
Disposable Pillow Cases RM 1.00
Facial Tissue Box RM 1.50
Glove RM 2.00
Syringe RM 2.40 each
Paper cup RM 1.50
Thermoscan Probe RM 7.20
Disposable Pillow Case RM 1.00
Injection service charge RM 4.50
Nursing Care RM 50.00 2 x
BP and Temperature Checking RM 7.50
Use of equipment - BP Set RM 6.50
Use of equipment - Thermoscan RM 11.50

The above is only part of what was charge to the patient or in my case to the insurance company.

A small thing such as the cotton swab was charged, facial tissue box which was not given was also charged. Pillow cases, Bed sheet.. semua charged.. laundry takmo charged ke.. laundry utk uniform nurse ke..
And yang best sekali, they come to check us using the BP set tu pun charge, service charge and use of equipment. Aik… abih kita bayar duit room and board tu apa ke benda???? Kat hotel pun kalau kita guna gelas, peti ais semua takde pun dorang charge, panggil room service antar sterika atau makanan, takde pun mereka caj.. tp hospital caj segala benda.. sarong bantal, sarong tilam.. muntahkedarah betul mereka ni. ID band yang dipakaikan kat kita pun was charged… agak-agak kan kalau lenkali kita masuk hospital kita bawak sendiri ID Band tu, kita bawak BP set yang kita ada (memang ada pun) boleh tak??????

This is always the case that most people argue not so much as it is expensive, but the charges for the things that they charge….You check in, paid for the room and they charge you again for the pillow case, bedsheet and paper cup and tissue.. tissue pun takde lerrr…??????

Mama rasa .. lebih baik dok rumah and panggil doctor buat housecall, baru puas hati bayar service charge, sebab memang dorang kena keluar dari tempat kerja.. ni kita gi kat tempat dia.. bayar room and board.. bayar duit doctor, bayar duit ubat.. and they still charge us for the service when they come to give us our injection, check our BP.. what the heck man??????

Ni insurance bayar ni, kalau kena bayar sendiri .. hmmm lagi meletup bagai gunung berapi.

Padanlaa hospital swasta ni kaya.. kita jerr yang kayap.. huhuhu


oklaaaa sejukkan perasaan dgn roti ratu.. sedappppppppppp



Tuesday, March 15, 2011

Cheezy Cocktail Sausage Puff

Tak lama dulu mama tengok dlm FB Anna Moin benda alah ni, yang ditempah dari MamaFaMI.. Puas mama telek.. belek.. intai.. smpai naik juling.. hehehe.. nak tgk camner laa MamaFami kelebek buat ni.. benda pulak semua dah ada..

Dua hari lepas kasik confirm ngan mamafami.. betoi ke dia guna instant pastry dan cocktail sosej mcm yang mama telek tu.. hehe.. dah dapat confirmation dan petua sedikit sebanyak dari MamaFami.. mama pun buat laaa.. and taraaaaaaaaa....




Resipi Belasah Mama

Pastry Puff
Cocktail Sosej bercheese (sukaaaa cheese)

Pastry Puff tu mama guna yang instant punya.. hak KAWAN.. potong 2, ukuran akan jadi just nice utk seketul coctail sosej bercheese tu.. balut elok-elok mcm pakaikan lampin baby.. hahaha.. dan lepas tu.. sapu egg wash dan bakar...


(harap-harap takde laa lalat yang dtg marah sebab mama tulis resipi belasah.. hehehe, dah tu.. mama nak tulis apa.. ikut korang laa nak buat byk mana.. besau mana.. lagu mana.. betul tak.. betullllllllllllll)


Tkasih MamaFami kerana beri idea yang memang sedap ni... muaaaaahhhhhzzzzzzzz

Monday, March 14, 2011

Kek Alunan Kasih

Lama dah mama dok idam nak buat kek ni.. hehehe sebab teruja ngan line-line hitam mcm kontor masa belajar Geografi tingkatan 4 dulu.. hahahah. Mama dok jenguk berkali-kali blog Umi Kuantan..

Resipi mama amik dari blog Umi Kuantan http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/




KEK ALUNAN KASIH
Resepi : Puan Mastura Yasak (Kongsi Resepi FB)
Sumber: Am-Flora/Umi Kuantan

Bahan:-

5 Biji Telur

1 ½ cwn (250 gm) planta atau butter

2 ½ cwn tepung gandum *

1 sudu kecil baking powder (*diayak bersama)

2 cwn gula halus (boleh kurangkan)

½ cwn susu cair
1 sudu kecil esen vanila

*Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( citarasa masing-masing)

Pukul planta dan gula smpai kembang.
Masukan telur satu persatu, pukul lagi sampai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair, gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit.
Bahagikan dua bahagian, campurkan pewarna pink dan satu bahagian pewarna hijau
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukkan adunan biru, ratakan dlm loyang dan ayak serbuk koko menutupi lapisan biru tersebut - ayak nipis-nipis jer.

Kemudian masukkan adunan lapisan oren dan ratakan, ayak lagi serbuk koko dan seterusnya tuangkan lapisan pink dan ratakan perlahan-lahan. (jangan sampai serbuk koko di lapisan-lapisan tadi terangkat).
Bakar lebih kurang 45min. pada suhu 160 Degree ikut oven masing-masing (untuk separuh adunan akak bakar 35 minit sahaja

Nota dari AmFlora

Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik